Followers

our relation

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 15 June 2013

Must Watch Movie (June 2013 - Disember 2013)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera!

> Eh. Cerita apa yang best kat wayang sekarang? 
> Eh. Wayang sekarang ada cerita apa? 
> Eh. Esok tengok wayang nak? 
> Eh. Ni cerita pasal apa ni? 
> Eh. Cerita ni best ke?
> Eh. Cerita apa keluar minggu depan?

Banyak pulak soalankan? Haaa... Korang jangan risau ye. Ni aku dah cuba senaraikan seberapa banyak filem mesti tonton sepanjang bulan Jun sampai Disember tahun 2013 ni. Siap dengan tarikh lagi.mana yang takde tarikh tu, nanti akan di "update" kemudian. Jadi, korang dah boleh mula set masa dan tarikh untuk tengok filem apa lepas ni. Terima kasih diucapkan kepada aku. Boleh tak camtuh?


Monsters University
20 Jun 2013


Sinopsis: Tentang Mike dan Sulley semasa mereka sedang menuntut di Monsters University.

Pengarah: Dan Scanlon

Pelakon: Nathan Fillion, John Goodman dan Steve Buscemi


Man of Steel
13 Jun 2013


Sinopsis: Seorang budak lelaki mendapat tahu bahawa dia mempunyai kuasa yang luar biasa.

Pengarah: Zack Snyder

Pelakon: Henry Cavill, Amy Adams dan Michael Shannon


World War Z
20 Jun 2013


Sinopsis: Gerry Lane mengelilingi dunia bagi menghentikan wabak Zombie yang telah menggulingkantentera dan kerajaan dan mengancam untuk memusnahkan manusia.

Pengarah: Marc Forster

Pelakon: Brad Pitt, Mireille Enos dan James Badge Dale


Despicable Me 2
3 Julai 2013


Sinopsis: Gru telah direkrut oleh Anti-Villain League untuk membantunya menangani penjenayah yang dahsyat.

Pengarah: Pierre Coffin, Chris Renaud

Pelakon: Ken Jeong, Steve Carell dan Kristen Wiig


The Lone Ranger
4 Julai 2013


Sinopsis: Pahlawan orang asli Amerika, Tonto, menceritakan kisah bagaimana John Reid berubah daripada seorang lelaki biasa yang menegakkan undang-undang kepada seorang lagenda keadilan.

Pengarah: Gore Verbinski

Pelakon: Johnny Depp, Armie Hammer dan William Fichtner


Pacific Rim
Julai 2013


Sinopsis: Apabila serangan daripada makhluk asing mula mengancam kewujudan Bumi, robot-robot gergasi yang dipandu oleh manusia telah dikerahkan untuk menghapuskan ancaman tersebut.

Pengarah: Guillermo del Toro

Pelakon: Charlie Hunnam, Idris Elba dan Charlie Day


The Wolverine
 25 Julai 2013


Sinopsis: Wolverine berhadapan dengan musuhnya daripada masa lalu yang akan memberi kesan kepada masa depannya.

Pengarah: James Mangold

Pelakon: Hugh Jackman, Famke Janssen dan Will Yun Lee


Percy Jackson: Sea of Monsters
Ogos 2013


Sinopsis: Dalam usaha menyelamatkan syurga mereka, anak kepada Poseidon dan rakan-rakannya telah memulakan pengembaraan di Sea of Monsters untuk mencari lagenda Golden Fleece dan seterusnya menghalang kebangkitan kuasa jahat daripada zaman silam.

Pengarah: Thor Freudenthal

Pelakon: Alexandra Daddario, Logan Lerman dan Nathan Fillion


Elysium
22 Ogos 2013


Sinopsis: Pada tahun 2154, rakyat yang kaya ditempatkan di stesen angkasa manakala yang lain pula tinggal di Bumi yang telah rosak. Seorang lelaki telah bertindak dengan misi untuk menegakkan kesaksamaan.

Pengarah: Neill Blomkamp

Pelakon: Matt Damon, Jodie Foster dan Sharlto Copley


Kick-Ass 2
8 Ogos 2013


Sinopsis: Wira Kick-Ass menyertai sekumpulan rakyat biasa untuk memerangi jenayah dengan memakai kostum. Sementara itu, Red Mist telah merancang plot untuk membalas dendam tetapi melibatkan orang-orang yang Kick-Ass kenali.

Pengarah: Jeff Wadlow

Pelakon: Chloë Grace Moretz, Jim Carrey dan Aaron Taylor-Johnson


Diana
September 2013


Sinopsis: Filem ini menceritakan dua tahun terakhir dalam hidup Puteri Diana, mengenai kempen beliau dalam menentang perlombongan tanah dan hubungan beliau bersama pakar bedah, Dr Hasnat Khan.

Pengarah: Oliver Hirschbiegel

Pelakon: Naomi Watts, Lee Asquith-Coe dan Naveen Andrews


Thor: The Dark World
November 2013


Sinopsis: Apabila Jane Foster menjadi sasaran penghuni dunia gelap Svartalfheim, Thor berusaha sedaya-upaya untuk melindunginya.

Pengarah: Alan Taylor

Pelakon: Chris Hemsworth, Natalie Portman dan Anthony Hopkins


The Hunger Games: Catching Fire
November 2013

Sinopsis: Katniss Everdeen dan Peeta Mellark menjadi sasaran The Capitol selepas kemenangan mereka di Hunger Games ke-74 telah mencetuskan pemberontakan di Districts of Panem.

Pengarah: Francis Lawrence

Pelakon: Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson dan Liam Hemsworth


The Hobbit: The Desolation of Smaug
Disember 2013

Sinopsis: Orang-orang kerdil, Bilbo dan Gandalf berjaya melepaskan diri daripada Misty Mountains. Pengembaraan diteruskan bagi mendapatkan semula emas daripada seekor naga bernama Smaug.

Pengarah: Peter Jackson

Pelakon: Martin Freeman, Richard Armitage dan Ian McKellen


Dalam banyak banyak filem kat atas ni, filem apa paling korang teruja nak tengok? Meh kongsikan kat ruangan komen. Nak tahu filem apa yang aku paling teruja nak tengok? SEMUA FILEM DI ATAS. Haha! Aci tak? Apa apa pun, selamat berhujung minggu!

0 comments:

Post a Comment

HEARTBEAT