Followers

our relation

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 28 January 2013

Setia Seorang Abah!



SETIA SEORANG ABAH!

Ayah kepada seorang graduan. Menunggu diluar dewan. Pakaiannya lusuh dan dhaif, tapi setia untuk anak. Mungkin tak dapat masuk sebab tak menepati kod pakaian, sebab dia hanya berselipar.

Mampu membeli sejambak bunga untuk meraikan anaknya yang mungkin hasil simpanannya 2-3 hari.

Sedikit doa:
"Tuhan, jadikan hati kami sayang dan berterima kasih kepada ibubapa, dan jadikan kami sayang dan setia kepada anak kami ketika kami menjadi ibubapa"

Sunday, 27 January 2013

Tragedi

Diminta jika anda ada emosi melampau supaya tidak meneruskan pembacaan kisah ini kerana khuatir anda tidak akan dapat emosi anda selepas membacanya. Harap maklum.


Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya. “Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad mencubit pipi Julia lembut. “Ayah, ayah, cepat la yah,” Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni.” Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?” “Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Ahmad berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Ahmad berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. “Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya. “Tak ada apa la sayang, rileks… cepat sikit kita sampai kampung nanti.” “Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…. jangan laju sangat bang, Julia takut.” Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya. “Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was. “Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. “Sudah la tu bang.” “Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa….” Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan…. di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!. 



****************************** 

“Julia….bangun nak,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana abang Ahmad mak? Macamana dengan suami saya, mak? Liza, Linda….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat. “Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?” Julia masih terus menangis. PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? Don’t go breaking my heart Mom!! “Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar……. dan Julia tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! ” 

P/s: Moralnya janganlah suka tidur di petang hari terutamanya anak dara.

Friday, 25 January 2013

Isu Sebelum Kahwin

KAHWIN HANTARAN MURAH ♥
☞ Ish! Murahnya hantaran dia, ni mesti bakal menantu dia sengkek ni!

KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥
☞ Ish! Mahalnya? Nak jual ke anak apa?! Mesti nak menunjuk hantaran anak dia mahal.

KAHWIN UMUR MUDA ♥
☞ Ish! Muda-muda dah kahwin, ni mesti ade buat benda tak baik ni. Ntah-ntah dah ada isi kot!

KAHWIN DI LEWAT USIA ♥
☞ Ish! Dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen. Kesian, tak laku kot!

KAHWIN MAJLIS KECIL ♥
☞ Ish! Ni majlis kahwin ke ape? Kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sikit!

KAHWIN MAJLIS BESAR ♥
☞ Ish! Besarnye majlis. Kalah anak DATUK. Nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!

BERSANGKA BAIKLAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG, DENGAR KATA ALLAH! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA. NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI TERSEKSA.=,=

SUMBER INFO DARI METRO HARI INI :) 
NILAI HANTARAN DI MALAYSIA: 
UPSR-PMR: RM2,000-RM4,000
SPM: RM4,000- RM8,000 
STPM-DIPLOMA: RM8,000-RM12,00 
IJAZAH: RM12,000-RM15,000 
IJAZAH SARJANA: RM15,000-RM20,000 
IJAZAH KEDOKTORAN: RM30,000

Buat Lelaki bergelar Suami

Wahai suami,
Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! 

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu, 
tolong pegang tangannya dengan penuh kasih sayang. 
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu walau disaat kau buntu…




Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan sia-siakan dia.
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. 
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. 
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ? 
Apakah keistimewaan perempuan ini ?

 Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.. SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. . PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya.. Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang yang dikasihinya. .. Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. . Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.. Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. TITISAN air matanya mampu membawa KEDAMAIAN. Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 perkara… Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”… 

#Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Saturday, 5 January 2013

...jika awak tiada lagi...

Assalamualaikum!
okay, di sebabkan az takleh tido.adakah az sudah tidur tadi?az rasa az tak tidur lagi.tapi entah lah.az pon lupa -.-

alkisahnya..entah kenapa tetiba hati rasa sebak sesangat. tengok gambar mama ngan abah kat facebook.berderai air mata.KENAPA? rindu mereka.mama kebelakangan ni tak berapa sihat.rindu gurauan mama, gelak ketawa dan lawak2 dari mama.ok, air mata berderai kembali.

bukan senang nak kekalkan suatu emosi ye.ia mengambil satu masa yang agak lama untuk stabilkan.cewah!

yang keduanya, entah kenapa, tiba-tiba az terfikir seandainya Allah lebih sayangkan si dia..dan ambil dia terlebih dahulu dari aku macam mana?boleh ke aku hadapi?mesti anda tak faham kan maksud az?maksud az, andai suatu hari nanti, Allah ambil nyawa mr. Panda dahulu sebelum az.adakah az mampu untuk teruskan kehidupan seperti biasa? mesti susah..
seriously, mana tahu tetiba dapat call menyatakan bahawa dia telah tiada, melihat dia dibaluti kain putih,,Ya Allah...luluh hati rasa..

pastu membayangkan detik-detik tanpa si dia..kenapa az terfikir macam ni?
1) setiap kali az nak beli kasut, az akan pastikan, dia yang pilihkan kasut mana yang sesuai.
2) setiap kali az nak beli baju kemeja, sweater or pakaian lah, az akan bawa dia pergi shopping untuk dia sendiri pilih mana yang sesuai.
3) kalau nak beli handbag, dia yang akan pilih mana yang terbaik.
4) kalau az sedih teringat kisah lama, dia sedia mendengar dan meminjamkan bahu untuk dibasahkan air mata.
5) kalau az moody, dia buat cool je.dan akan pujuk walau dia tahu tak lut pon pujukan tu.
6) dia sentiasa ada ketika az perlukan dia saat terdesak.

pada az, dia sangat sempurna, bertanggungjawab, dan berkeyakinan tinggi. tapi kalau az dah takde dia selamanya...
mampu ke az berdikari tanpa bantuan dia?walau berjauhan pon, az dah rasa macam orang gila.inikan pula selamanya..

ok lah..melalut pulak karang.nak pergi tidur.baru rasa mengantuk. :)

Friday, 4 January 2013

XPERIA GO!

Assalamualaikum and hello dear blog-walkers!
seperti yang korang lihat di atas. ini adalah sony xperia go yang berwarna kuning. apa yang az cuba sampaikan adalah..az kempunan sangat nak handphone ni. memandangkan handphone az ni selalu sangat "hang" dan juga tidak menepati citarasa az.

SAMSUNG GALAXY SII (clone)
kalau tengok.memang sama.takda beza apa pun.
tapi tuan-tuan dan puan-puan, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik..
kalau dah nama pon clone atau pon mudah di panggil copy.mesti ada kekurangannya.antara yang paling ketara adalah processor dia.maknanya, tahap kelajuan dia menerima sentuhan tangan dan memproses aplikasi adalah terlalu lambat.sampai kene 'restart' dulu.baru bole laju balik.alahai...




XPERIA GO specification

Display3.5”, 480x320 pixels 16,777,216 colour TFT with Bravia Engine
DesignScratch, Water & Dust-resistant, anti-reflection coating on mineral glass
TouchCapacitive touchscreen with wet finger tracking and on-screen QWERTY keyboard
Camera5 megapixel camera with LED flash and Auto focus
Zoom16x Digital Zoom
VideoHD video recording (720p)
Supported FormatJPEG, 3GPP, MP4, Matroska, AVI
DetectionFace & Smile Detection
CapturingFastest Camera Capture - Idle to click 2 Seconds
USBUSB High speed 2.0 and Micro USB support
SynchronisationSynchronisation via Exchange ActiveSync and Google Sync
DLNAAGPS & DLNA Certified
Additional FeatureNoise Suppression, Handwriting recognisation, Type & send widget
Memory (*Actual free memory may vary due to phone pre-configuration)Internal phone storage: 8GB (up to 4GB of user accessible memory) / External Memory card support: up to 32GB microSD™ / RAM: 512MB
FMFM Radio with RDS
Headphone3.5 mm audio jack for headphones
Supported formatAudio playback, supported formats: MP3, 3GPP, MP4, SMF, WAV, OTA, Ogg vorbis
Xloud ExperienceYes
Timescape, Motion GamingYes
3D Surround SoundYes


okay lah, sampai sini je post kali ini.kekurangan idea.


p/s: ada sesiapa nak bagi phone ni secara percuma kepada saya?? *wink2*

HEARTBEAT