Followers

our relation

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 7 June 2012

Aku dan Dia - PART 1

Assalamualaikum!


okay, malam ni aku rasa macam sedih sangat. seperti takut akan suatu kehilangan *bahasa sastera ke tu?*
macam mana nak mulakan eh?takut berselerak jalan cerita.
ok, here we go!


entah sejak bila, aku mula jatuh hati pada dia.pada mulanya, aku menafikan perasaan itu kerana seseorang.eh, silap, dua orang..perlu beritahu ke siapa dua orang tu?mereka adalah zamer dan juga ilham..mereka pernah bertakhta di hati aku..terutama zamer..ok, ini bukan pasal mereka berdua. back to main story!!


pada aku, kami hanya menjalinkan sebuah persahabatan yang amat rapat.sehingga aku sendiri merasakan dia adalah kawan baik aku..walau kami bergurau, dan rapat seperti sepasang kekasih, hakikatnya kami hanya teman tapi mesra..tiada siapa memahami...mesra sangat..tapi sayang, hati aku tika itu bukan pada dia..tapi pada zamer..bodoh nya aku sebab tunggu orang yang tak akan kembali pada aku..


semester 2 telah tamat..kini, cuti semester..aku ambil keputusan untuk kerja part-time dekat KL SOGO.


setiap hari aku pergi kerja naik bas dan balik naik bas..kekadang dan hampir setiap hari juga dia ambil dan hantar aku pergi kerja...sejak hari tu, aku bertambah rapat dengan dia..aku selalu cerita masalah aku pada dia, aku selalu mengadu kesedihan aku pada dia..


aku ingat lagi masa dekat Time Square, masa aku ajak dia pergi shopping, dia kata nak belajar memahami perempuan.sebab selama ni dia tak pernah faham perempuan kenapa perempuan cerewet dan memilih kalau bab shopping..aku pon turutkan je..ajar dia kenapa perempuan begitu dan begini.aku masih tidak faham apa yang cuba dia sampaikan pada aku...setiap hari pasti ade je cerita aku pasal mereka2 yang dekat sana yang cuba mendekati aku untuk di jadikan buah hati..sebab ketika ini hati aku belum terbuka untuk menerima sesiapa dalam hati aku.sebab pada aku, aku menunggu ilham untuk ikat pertunangan kami pada bulan disember 2011..aku masih ingat lagi....dan kerana itu aku tak terfikir untuk jatuh hati pada dia...


pada malam aku balik kerja..aku di bus stop depan sogo.tunggu bas nak balik rumah..aku pon mesej dia macam biasa..cerita pasal mereka2 yang cuba mendekati aku..dan tiba2..dia marah aku tak tentu pasal..dia kata jangan menggatal dengan lelaki lain.pastu dia kata aku ni suka sangat melayan perangai dorang..memacam dia mengamuk malam tu..hangin jugak lah aku..dah lah penat ni..kau marah2 aku pulakkan..ape tah salah aku malam tu..aku pon tanye "yang awak memarah saye ni apahal?" and guess what he reply?? dia menyatakan apa yang terbuku dia hati dia selama persahabatan kami..aku tersenyum sendirian..


sejak hari tu..kami still lalui perkara sama...masih rasa kami ni hanyalah kawan..tak lebih..sebab aku kata aku belum sedia untuk terima sesiapa...dan dia sangat memahami..pernah satu hari..dia lambat ambil aku pergi kerja..kami gaduh..2 hari tak msg, tak call..pastu aku mengalah..sebab sunyi bile dia takde..haha..


ok, aku dah start blushing...to be continue eh?

4 comments:

Post a Comment

HEARTBEAT