Followers

our relation

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 1 April 2012

Lelaki dan kata rindu

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia buat para blog-walker,
pada hari ini, saya takda apa nak celoteh sangat.cuma teringat chat dengan si dia semalam..si dia seorang lelaki yang sangatlah susah untuk menyatakan sesuatu yang terbuku dihati dia..dan pada malam tadi, sebelum saya lelapkan mata di hadapan di semasa skype, dia telah menyatakan perasaan rindu nya pada saya.berikut adalah sedikit text daripada si dia: *eceh!baku sekejap*

antara ayat manis si dia di skype
Siapa sangka,si dia yang garang itu berani meluahkan perasaan seperti ini. *giggle* 
kaun hawa cukup masak dengan perangai kaum adam yang sering merindui pasangannya (isteri) ketika mereka berasa diri mereka jauh dari si pasangan.kata rindu itu menjadi pahala buat mereka. Alangkah indah nya perkahwinan itu kan?

perasaan rindu sebegini akan berlarutan selama setahun.dan mungkin sehingga pada hari kami bakal di ijab qabul (insya-Allah). setiap manusia mengharapkan perkahwinan yang terbaik untuk mereka bersama pasangan mereka..oleh itu, setiap perkara tersebut mempunya pelbagai cabaran dan harus lakukan pelbagai pengorbanan..masing-masing sibuk perlengkapkan diri ke alam pekerjaan dan menimba ilmu kalam Allah untuk dunia dan akhirat.masing-masing sibuk perlengkap diri dengan tanggungjawab dan bersedia memikul tanggungjawab. semoga Allah memberkati hubungan kami..

dear awak,
walaupun kita sering bertengkar,
walaupun kita sering selisih faham,
walaupun kita dari cara pemikiran yang berbeza,
namun, 
Allah temukan kita sebagai pelengkap bersama
awak seperti melengkapi saya..
walau saya tengah marah, 
awak tetap nampak cool je..
kalau awak tengah marah..
perang dunia kita dua...
tapi itulah kita..
awak,
ku semat kasih sayang sebagai ikatan,
ku nanti dirimu di hari pernikahan kita,
agar saya sah untuk memeluk awak dengan erat,
dan menyatakan sayang, rindu dan cinta saya pada awak..


ok.saye tak pandai berjiwang sangat! tapi harap si dia memahami apa yang saya cuba sampaikan. =)

0 comments:

Post a Comment

HEARTBEAT