Followers

our relation

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 15 December 2012

u just don't understand me

even you said sorry for 1000000 times...
it never can cure my heart

when you need me, i'm always there for you.
but when i need you?
you just said that you will always be with me.
BUT, the FACT is i'm alone when i need you.



kalau nak orang paham awak, awak pon kene faham orang tu..
kalau awak nak orang tu sahaja paham perasaan awak, awak hidup sorang2 je lah camtu.
dari awak sakitkan hati orang tu..lebih baik awak hidup sendirian.

kalau saya sudah mula diam diri, itu bermakna saya kecewa dengan dengan sikap awak



Sunday, 18 November 2012

BOIKOT!!

 ASSALAMUALAIKUM :)
"Mohon sape2 yg berkobar2 nak boikot barangan Yahudi kat Facebook ni delete account Facebook anda sekelian. Facebook adalah syarikat kepunyaan seorang Yahudi. Jgn pakai internet jugak. ARPANET (model utk internet) adalah ciptaan org Israel. Sekian. :D" - @techsupremo
berikut merupakan post abang nazri semalam.aku tak sentap pon.malahan aku sokong dengan ayat dia. bukan niat nak berpolitik...dan aku masih waras lagi dengan pegangan agama aku.tapi tahukah kita yang walau dengan internet sekali pon, kita tetap di kira menyumbang kepada yahudi? PRAY FOR GAZA, PALESTINE. ye, aku sentiasa mendoakan saudara ku di sana..semoga Allah sentiasa membantu mereka..

2nd point, *ah!! dah start debat yang dah berkurun aku tinggalkan*
boikot Macdonals Malaysia, tahukah kamu, ekonomi Malaysia yang akan lumpuh kalau kita boikot barangan Nestle, Macdonals dan sebagainya?tentu anda tidak memikirkannya...kebanyakan mereka adalah pengeluar dari Malaysia sendiri. BUATAN MALAYSIA ye.kenapa mesti boikot?pelik lah..camtu kita sokong barang kat KEDAI 1 MALAYSIA lah! nak?best ape! kita tak tahu pon sumber dari mana.semua jenama 1 MALAYSIA. padan muka angpa. *eh, sasul pulak*



here's are statement from McDonald Malaysia

 so kawan2.....fikir2 kan lah

Friday, 16 November 2012

wedding theme

sudah lama tak update blog secara fully kan? biasa update ayat jiwang saje. berdasarkan tajuk post aku hari ni..bukan lah nak bagitahu korang yang aku dah nak kahwin..
tapi sebenarnya kami masih merancang...sebab family aku belom membenarkan aku berkahwin selagi aku belum mengambil ijazah...

al-maklumlah..mama meletakkan harapan yang tinggi pada aku untuk meyambung pelajaran di peringkat ijazah..walaupun aku anak yang ke-2 dari pada 3 orang puteri kepada Encik Azizan dan Puan Kalsom, maka sudah jadi tanggungjawab aku kepada keluarga untuk menunaikannuya..

ok, kembali pada topik entry pada kali ni. awal tahun ni aku ade buat entry pasal tema perkahwinan aku.tapi nampak gayanya macam dalam proses persetujuan Encik Panda...alahai Encik Panda..awat la payah sangat ang ni nak wat keputusan.. > klik sini untuk entry sebelum ini <

oleh itu, tema kedua kami adalah..............

BROWN & PURPLE

dah boleh bayangkan ke belom ni warna tu?okay2..nak bagi clear sikit warna gabungan tu macam mana...
ni antara gambar yang mungkin bakal kami tempah untuk wedding nanti..


sweetkan warna ni?



okay lah.part yang paling susah sekali adalah baju pengantin..Encik Panda tak respond lagi pasal jenis baju dia. 


ah nice dress is it? tapi yang warna putih tu tukar warna koko lembut. okay, lelaki pulak?


so special kan?tapi orang tu pakai warna kelabu..tapi korang tukar warna kelabu ke warna koko lembut.macam gambar yang dia mention brown tu. *wink2*

lawa tak? mungkin dengan entry kali ni boleh bagi idea pada pembaca blog yang masih takde idea untuk wedding nanti. aku ni sekadar berangan sahaje.hahaha...

anyway, takat ni sahaja entry blog kali ni. harap Encik Panda suka dengan kombinasi warna ni...

kalau ada apa-apa cadangan boleh kongsi bersama :)

Wednesday, 14 November 2012

aku jatuh cinta


bila mata bertemu mata, hati rasa tak menentu,
pabila dia datang dekat dan rapat dengan ku...degupan jantungku semakin laju..
tidak terkata saat itu..luahan rasa sayangnya kepadaku..
membuat aku kaku membisu..
dalam kegelisahan, aku mencari satu ayat untuk membalas katanya itu..

hari demi hari silih berganti, hubungan kami seperti merpati dua sejoli..
ada kala kami kesibukan dengan rutin sehari..langsung tidak sempat bertemu mahupun bermesej, telefon...
di situ terselit rasa rindu di hati..hanya di luah dalam mimpi...
lantas bangun, tersenyum sendiri...

beberapa lama aku diam kan diri..menutup hati yang di lukai..
kehadiran dirinya ibarat pengganti..kehilangan dua jejaka idaman hati..lalu di gabungkan dalam diri si pengganti.
tiada kata manis yang di ungkapnya, tiada janji manis di berikan oleh nya, hanya kata semangat sebagai pembakar semangat di jiwa, yang hampir lupus di tenggelam sengsara..
kehadiran dia membuat aku bahagia,
ku lupa derita, ku lupa sengsara..ku berharap ia bukan sementara, 
aku hanya ingin kau menjadi cinta terakhirku..

tulus ikhlas: azrina azizan

p/s: dear my beloved fiance, i love u more than a words, i'm flying up high with u..thanks for the most sweetness memory that you gave to me.and thanks for accepting me as who i am..i am deeply fall in love with you.
i miss you so much!

Monday, 29 October 2012

bercinta selepas nikah *SWEET

SWEET 1
suami: sayang, sayang sakit tak tadi?
isteri: tak pun..kenapa?
suami: yelah, sayangkan bidadari abang yang turun dari langit..
isteri: ada-ada saja abang ni..


SWEET 2
si isteri sedang sibuk mengadap laptop. tiba-tiba..

isteri: abang, pinjam pendrive..
suami: ade dekat adik ipar awak lah sayang.nanti abang ambil dari dia.sayang nak buat ape?
isteri: isk abang ni..sayang nak transfer hati sayang dekat abang.bukan dekat adik ipar sayang...
suami: lah..sayang ni..kenapa tak email je..
isteri: *senyum*

SWEET 3

isteri: abang penat hari ni?
suami: eh? sayang macam tahu-tahu je kan?
isteri: yelah.hari ni abang asyik bermain-main je dalam fikiran sayang
suami: Alhamdulillah :)

SWEET 4
si suami isteri masing-masih menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi...ketika mereka sedang belajar...

suami: sayang, abang tak faham banyak subjek lah..
isteri: abang dah tanya kawan2 dah?mintak tolong mereka ajarkan..
suami: abang dah tanya..mereka pon blur-blur je abang tengok.
isteri: habis tu abang tau subjek ape je?
suami: abang hanya tau kalau subjek tu adalah sayang.abang mampu terangkan kecantikan, kasih sayang dan kesetiaan isteri abang.
isteri: abang ni...malu sayang..

Monday, 9 July 2012

Hello Penang!

Hello para blog-walker!!
agak berhabuk ye blog ni.. *eh ade sawang ke?
Pangsapuri Pauh Damai, Pulau Pinang.
walau bagaimanapun para hadirin sekalian alam yang hadir membaca blog ini...setelah seminggu berada di Penang, baru lah aku kemas rumah yang dah macam kene tinggal berbulan2 lamanya..ni kes member rumah malas kemas.haha..dasar pemalas punye anak dara! tak boleh di harap langsung..rumah sewa aku dekat pauh damai..so, sesape dok sane, roger2 lah..kot lah nak lepak makan.kenal2..cewahhh~~

okay lah, so ini bermakna sudah seminggu juga aku berjauhan dengan cinta hati..dan akhirnya! aku berjaya menahan perasaan ini..*padahal memalam mengadu dekat dia kata rindu..keh3..*

bukan senang bile seseorang tu hari2 korang jumpa..lepas tu, seminggu sekali..then sebulan sekali..bermula nya aku semester 5 ni..akan jadi 2 atau 3 bulan sekali..kejam nye..tapi apakan daya..demi masa depan kami berdua..kami berkorban segala..untuk capai cita-cita masing. selain memenangi hati bakal mertua. *opss..* bukan senang nak menangi hati mertua...specially family dia. serious susah..so, aku kena slow2 belajar adat dia. maklumlah..dari dua tempat berbeza adat dan budaya...so, kena la belajar..

aku admit yang cinta hati aku ni takde lah perfect sangat macam member2 aku lain ade.agak cemburu jugak lah sebab member aku ade yg dapat anak orang kaya.tp family dorang je kaya.anak dia penghabis duit mak bapak je..*tak guna punya anak* kemudia ade juga member aku yang dapat buah hati yang handsome, putih..ala2 korea gitu..ade yang dapat macho.perghhh..package lah! *dan ia buat aku bertambah cemburu* tapi kan....walaupun si cinta hati aku ni takde ape yang si buah hati member2 aku ni ada iaitu kasih sayang yang mendalam, romantik, ketegasan dalam hubungan, kepercayaan, gila2..dan ikatan persahabatan antara satu same lain.

ok! actually aku tak dapat nak lelapkan mata sangat2...so, jadi memalut dekat blog saje.

#cinta itu manis, tapi gula lebih manis..
gula di rasa pakai mulut..tapi cinta rasa pakai hati...

adakah itu quote? entahlah..aku pon tak pasti...
sehingga menyusul nanti...

SEKIAN,

Tuesday, 19 June 2012

Kejadian Seri Kembangan

Sebuah kisah yang dikongsikan di laman internet untuk peringatan kita semua.. baca sampai habis ..



Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Setelah beredar dari rumah pada jam 8.30 malam, tiba-tiba stereng terasa ringan untuk membelok ke surau berhampiran memandangkan azan Isya' sedang berkumandang. "Alang-alang dah azan baik aku singgah kejap."

Setelah selesai Isya' saya terus memecut ke kedai yang terletak agak jauh dari kawasan perumahan saya. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.
"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.
Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.
Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta. 

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.
Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.
Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.
Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.
Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.
Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012

Saturday, 9 June 2012

sunyi kerinduan


walaupun saya biarkan awak tidur sebab penat...
hakikatnya, saya tanak bagi awak tidur...
saya nak awak teman saya...dengar luahan saya...
saya rindu sangat suara awak...
saya rindu sangat nak jumpa awak...
saya rindu banyak benda pasal awak....
kalau saya pergi memana, saya mesti fikir pasal awak...
awak...
saya tahu awak penat dan tak larat sangat...
tapi...saya rindu sangat..... 


hug and pretend that u here...i miss u..

Thursday, 7 June 2012

Aku dan Dia - PART 1

Assalamualaikum!


okay, malam ni aku rasa macam sedih sangat. seperti takut akan suatu kehilangan *bahasa sastera ke tu?*
macam mana nak mulakan eh?takut berselerak jalan cerita.
ok, here we go!


entah sejak bila, aku mula jatuh hati pada dia.pada mulanya, aku menafikan perasaan itu kerana seseorang.eh, silap, dua orang..perlu beritahu ke siapa dua orang tu?mereka adalah zamer dan juga ilham..mereka pernah bertakhta di hati aku..terutama zamer..ok, ini bukan pasal mereka berdua. back to main story!!


pada aku, kami hanya menjalinkan sebuah persahabatan yang amat rapat.sehingga aku sendiri merasakan dia adalah kawan baik aku..walau kami bergurau, dan rapat seperti sepasang kekasih, hakikatnya kami hanya teman tapi mesra..tiada siapa memahami...mesra sangat..tapi sayang, hati aku tika itu bukan pada dia..tapi pada zamer..bodoh nya aku sebab tunggu orang yang tak akan kembali pada aku..


semester 2 telah tamat..kini, cuti semester..aku ambil keputusan untuk kerja part-time dekat KL SOGO.


setiap hari aku pergi kerja naik bas dan balik naik bas..kekadang dan hampir setiap hari juga dia ambil dan hantar aku pergi kerja...sejak hari tu, aku bertambah rapat dengan dia..aku selalu cerita masalah aku pada dia, aku selalu mengadu kesedihan aku pada dia..


aku ingat lagi masa dekat Time Square, masa aku ajak dia pergi shopping, dia kata nak belajar memahami perempuan.sebab selama ni dia tak pernah faham perempuan kenapa perempuan cerewet dan memilih kalau bab shopping..aku pon turutkan je..ajar dia kenapa perempuan begitu dan begini.aku masih tidak faham apa yang cuba dia sampaikan pada aku...setiap hari pasti ade je cerita aku pasal mereka2 yang dekat sana yang cuba mendekati aku untuk di jadikan buah hati..sebab ketika ini hati aku belum terbuka untuk menerima sesiapa dalam hati aku.sebab pada aku, aku menunggu ilham untuk ikat pertunangan kami pada bulan disember 2011..aku masih ingat lagi....dan kerana itu aku tak terfikir untuk jatuh hati pada dia...


pada malam aku balik kerja..aku di bus stop depan sogo.tunggu bas nak balik rumah..aku pon mesej dia macam biasa..cerita pasal mereka2 yang cuba mendekati aku..dan tiba2..dia marah aku tak tentu pasal..dia kata jangan menggatal dengan lelaki lain.pastu dia kata aku ni suka sangat melayan perangai dorang..memacam dia mengamuk malam tu..hangin jugak lah aku..dah lah penat ni..kau marah2 aku pulakkan..ape tah salah aku malam tu..aku pon tanye "yang awak memarah saye ni apahal?" and guess what he reply?? dia menyatakan apa yang terbuku dia hati dia selama persahabatan kami..aku tersenyum sendirian..


sejak hari tu..kami still lalui perkara sama...masih rasa kami ni hanyalah kawan..tak lebih..sebab aku kata aku belum sedia untuk terima sesiapa...dan dia sangat memahami..pernah satu hari..dia lambat ambil aku pergi kerja..kami gaduh..2 hari tak msg, tak call..pastu aku mengalah..sebab sunyi bile dia takde..haha..


ok, aku dah start blushing...to be continue eh?

My Beloved Family

shopping ke Nilai 3, Negeri Sembilan. <3







along sibuk dengan galaxy tab dia..

abah susah senyum..kali ni mintak abah senyum.heee..
adek sibuk dengan blackberry dia..


nak ambil gambar tak jadi.hahaha...

Wednesday, 6 June 2012

UNTUK DIA - SLEEQ FT. NAJWA LATIF


[Sleeq]
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Dia penuh gaya, semuapun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila

Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Engkau Punya Gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja

Bertemu di MukaBuku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu

Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya

[Sleeq]
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku 

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/03/lirik-lagu-untuk-dia-sleeq-ft-najwa.html#ixzz1x075xZYH

Thursday, 3 May 2012

ujian di bulan MAY

bulan mei sangat menguji aku..*ah! lantak lah aku ke saya ke*
melayang duit untuk sewa
back to story, bulan ni nak bayar rumah sewa dekat sunway RM250, rumah sewa kat penang pon kena bayar RM100..total semua RM350. actually aku segan nak mintak kat parents aku..haih..tapi apakan daya...elaun ku hanyalah RM300 je..



melayang duit untuk beli hadiah
dan bulan mei juga lahhh..bulan beranak bagi mama, along, my cousin (kak nurul) dan juga my niece (nabila).
eh apahal semua nak lahir bulan 5 ni? hadoii...ramai sangat lah pulak..tak termampu den..


time2 bulan ni jugalah ada Mother's Day.hari2 den buat ia as Mother's day.so malas nak sambut.but as to appreciate mama, i'll try my best! 

okay!

actually nak buat entry lain..sekali tersasar ke entry lain..apelah nasib..actually bulan ni bulan yang attact duit elaun ku..lemah longlai rasanya tat kala melihat duitku pergi bagaikan arus air yang deras..


HAPPY MOTHER'S DAY MAMA!


Wednesday, 2 May 2012

28/4/2012 - ada apa dengan tarikh itu?

Assalamualaikum...

sudah sekian lama nya entry tidak di tulis kerana sibuk dengan task untuk latihan industri *tapi tak sibuk mana pun*...baiklah, menaipnya saya di entry pada hari ini adalah kerana ingin saya update kisah saya. yuhuu...

pada 28/4/2012 bersamaan hari Sabtu, saya, si buah hati dan juga beby saya telah menjalankan diri di sekitar Kuala Lumpur. dengan hanya parking motor tersayang di LRT Taman Melati, kami menaiki pengangkutan awam untuk ke sana kemari. hal demikian kerana kami di maklumkan ada demostrasi BERSIH 3.0.

tapi apa yang kami pelik nya, kalau anda rasa banyak bantah kerajaan, kenapa anda naik pengangkutan yang kerajaan sedia kan untuk ke tempat tu?HA! jalan lah kaki..ape lagi?? *pada ketika itu, benda tu yang saya fikir, lepas baca di facebook, rupa nya mereka minta benda2 ni je ha...:-

1. Pilihanraya yang bersih

2. Reformasi undi pos

3. Pengunaan dakwat kekal

4. Tempoh minimum 21 hari untuk kempen

5. Akses kepada media yang adil

6. Mengukuhkan institusi umum i.e Makamah, peguam negara, MACC, polis, etc

7. Hentikan korupsi

akan tetapi, apa yang kita lihat di hari demostrasi terbabit adalah benda lain *sigh*
ok! tutup cerita!

semasa naik train LRT dari Taman Melati, kami bercadang nak naik coach belakang. sesampai je train tu, belakang penuhhhh KUNING! *ape itu? haa..baju encik BERSIH 3.0 lah*

saya terus tarik si buah hati dan beby saya naik coach tengah.kemudian semua pandang si buah hati saya..kesian dia.nak tahu KENAPA? sebab dia pakai baju warna kuning.bhahah *gelak gegulingan* sampai kat station Wangsa Maju, si dia yang khusyuk main game fruit slice, terus memandang saya dan bisik,

si buah hati: awak, kejap lagi kita turun kejap boleh tak?
saya: kenape?
si buah hati: nak pakai sweater, semua orang pandang saya lah..
saya: pakai je dekat sini *sambil tahan gelak*
si buah hati: em yelah! 

see! baju dia kuning!

destinasi pertama, cari kasut saya! sampai je dekat sungai wang, saya membebel dekat si dia suruh cari kasut, bape banyak kedai kasut entah kami pergi, dan akhirnya, dia tunjuk kedai VINCI, my favret shop for shoes. ada SALE pulak tu! ape lagi..lajuuuu je tarik si buah hati.opss..tertinggal beby saya kat belakang.maaf sayang! ok, kali ni baru jumpa kasut yang berkenan di hati.


 p/s: kalau nak beli kasut, saya suka tarik si buah hati sebab dia je yang tahu pilih kasut untuk saya. bila dia takde, saya menangis sebab tak reti pilih kasut.



KASUT? done!!

2nd destination: middle board for my blackberry!

my old middle board:


my new middle board:




beli dekat low yat. rm70! mahal kan?dah tu je budjet saya ada..nak letak lagi rendah lau ikotkan hati..tapi kang tade untung lak encik cina tu.hee..thanks ha bos! :)

MIDDLE BOARD? done!

okay dah habis berjalan dengan membeli barang saye nak, ok, time to eat! perot suda kereokkk...ouch!


MAKAN? done! *MCDONALDS~~

last thing we did is........................
.........................
........................
.............
.........
..
.



HD! its movie time lah! BATTLESHIP.
okay, maybe saya adalah orang terakhir yang menonton wayang itu berbanding housemate saya. sedih gila!
tapi seriously, best! alangkah indah nya kalau dapat menonton 3D.tapi pukul 9 malam..tak boleh..mama marah :'(

dan akhirnya berjalan pulang ke KLCC, merentasi walkway baru yang menghubungkan KLCC dan Pavilion Tower, bukit bintang dan bangunan sekitarnya...kalau dahulu kita jalan di bawah matahari, meredah hujan dan juga menghirup debu-debu sekitar, sekarang, ikot jambatan dalam aircond lagi tu. kelasss kau nyah!



ok! apa pun, thanks to both my bestfriend! haha..bopren pon boleh jadi bestfriend tau.jangan tak tahu.. :)
thanks to my baby so much! *UMI NAZHATUL MADIHA BINTI AHMADI*
she's my love! yaww!! bukan lesbo lah! bagi saya, dia amanah dari arwah papa Ahmadi untuk saya jaga dia dan berkawan baik dengan dia. tanak gaduh2..saya pegang amanah arwah papa dengan mama dia untuk jaga dia elok2..sebab tu saya selalu panggil dia baby saye.sebab saya sayang sangat dekat dia. :)

ok, till here story sepanjang lebar saya. nak sambung buat report! latihan industri dah nak habis! yahoo~~~

Salam 1 Malaysia..

HEARTBEAT