Followers

our relation

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 20 September 2011

cinta yang tak di ungkap dengan bicara

awak,
pertama kali kita berkenalan,
saya tak pernah merasakan akan ada keserasian antara kita,
saat pertama kali kita berhubungan di muka buku,
saya tak pernah tahu bahawa awak akan membuka pintu hati saya.

awak,
pertama kali kita berjumpa,
hati saya rasa berdebar sangat,
saat kita bertentang mata,
saya menjadi malu dan kaku.

awak,
sepanjang masa awak bersama saya sejak pertemuan itu,
setiap masa awak ada untuk saya,
dan setiap ketika juga awak buat saya bahagia.

awak,
pernah suatu hari awak marah-marah,
saya jadi bingung tanpa kata,
rupanya awak cemburu sebab ramai jejaka cuba dampingi saya,
dengan sekelip mata awak melafazkan kata cinta.

awak, 
ketika itu tidak terlintas pada saya kata cinta,
pada saya, awak cuma teman setia,
dan saya menolak cinta awak hanya kerana insan ketiga.
tapi awak tak pernah mengalah.

antara sedar atau tidak,
perkenalan kita sudah lama,
tapi hati saya masih sama,
susah untuk menerima,
takut untuk bercinta,

tapi awak tetap berkata bahawa:
awak sentiasa ada untuk saya,
awak cuba buat yang terbaik untuk saya,
dan awak akan sentiasa bersama saya.

awak,
hari demi hari,
awak cuba pikat hati saya,
awak sentiasa tenangkan saya tika saya terkenang kisah lama,
awak sentiasa ada ketika saya perlukan.

kini,
saya belajar menerima awak dalam hidup saya,
saya belajar untuk melupakan kisah lama,
saya belajar daripada kesilapan saya,
dan awak ajar saya erti kehidupan sebenar,
terima kasih awak.

terima kasih kerana awak sanggup tunggu saya,
menunggu sehingga kini saya menyintai awak,
walaupun menyiksakan,
tapi awak tak pernah mengeluh,
kesabaran awak begitu tinggi,
mengalahkan bangunan KLCC.

awak,
Aishiteru,
Wo ai ni,
Saranghae,
I love you,
saya cintakan awak.


p/s: realiti kehidupan :)

0 comments:

Post a Comment

HEARTBEAT