Followers

our relation

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 20 September 2011

cinta yang tak di ungkap dengan bicara

awak,
pertama kali kita berkenalan,
saya tak pernah merasakan akan ada keserasian antara kita,
saat pertama kali kita berhubungan di muka buku,
saya tak pernah tahu bahawa awak akan membuka pintu hati saya.

awak,
pertama kali kita berjumpa,
hati saya rasa berdebar sangat,
saat kita bertentang mata,
saya menjadi malu dan kaku.

awak,
sepanjang masa awak bersama saya sejak pertemuan itu,
setiap masa awak ada untuk saya,
dan setiap ketika juga awak buat saya bahagia.

awak,
pernah suatu hari awak marah-marah,
saya jadi bingung tanpa kata,
rupanya awak cemburu sebab ramai jejaka cuba dampingi saya,
dengan sekelip mata awak melafazkan kata cinta.

awak, 
ketika itu tidak terlintas pada saya kata cinta,
pada saya, awak cuma teman setia,
dan saya menolak cinta awak hanya kerana insan ketiga.
tapi awak tak pernah mengalah.

antara sedar atau tidak,
perkenalan kita sudah lama,
tapi hati saya masih sama,
susah untuk menerima,
takut untuk bercinta,

tapi awak tetap berkata bahawa:
awak sentiasa ada untuk saya,
awak cuba buat yang terbaik untuk saya,
dan awak akan sentiasa bersama saya.

awak,
hari demi hari,
awak cuba pikat hati saya,
awak sentiasa tenangkan saya tika saya terkenang kisah lama,
awak sentiasa ada ketika saya perlukan.

kini,
saya belajar menerima awak dalam hidup saya,
saya belajar untuk melupakan kisah lama,
saya belajar daripada kesilapan saya,
dan awak ajar saya erti kehidupan sebenar,
terima kasih awak.

terima kasih kerana awak sanggup tunggu saya,
menunggu sehingga kini saya menyintai awak,
walaupun menyiksakan,
tapi awak tak pernah mengeluh,
kesabaran awak begitu tinggi,
mengalahkan bangunan KLCC.

awak,
Aishiteru,
Wo ai ni,
Saranghae,
I love you,
saya cintakan awak.


p/s: realiti kehidupan :)

ku tak sempurna

sayang,
bukan semua perkara mampu ku ungkap dengan kata,
tidak semua perkara mampu ku rungkai kan segala,


sayang,
ku akui kelemahan ku terhadap mu,
ku cuba mengerti akan hadir mu untuk ku,
ku cuba jalani hidupku bersama mu,


sayang,
maafkan aku kerna aku tidak sempurna,
sempurna seperti gadis yang pernah engkau miliki,
yang pernah engkau kenali,


cuma hanya 1 yang ku pinta dari mu,
maafkan lah diri ini,
fahamilah diri ini..
aku lemah untuk kehidupan ini...

Monday, 12 September 2011

student life :)

Assalamualaikum buat semua follower!

maaf sebab dah lama tak update blog yang kian usang ni..
sebenarnye saye sibuk dengan projek, assignment, kuiz dan test yg semakin menimbun ni.
al maklumlah.. telah termaktubnya pekerjaan pada masa sekarang adalah pelajar sepenuh masa...
busy sesangat! stress tak menentu dan mencetus kan.............:





  • selisih faham dengan kawan-kawan,
  • emosi tak tentu hala,
  • meragam semasa presentation,
  • cepat melenting,

dan....

  • bergaduh dengan si 'awak'...



ok lah..nak sambung buat assignment dan projek!

p/s: maaf semua....

kenapa awak sayang saya?

girl: sebab ape awak sayang saya?
boy: sebab awak buat saya bahagia!
girl: itu sahaja? hmm... 

1 jam kemudian. 
boy: awak tanya sebab apa saya sayang awak?
girl: yep!
boy: kalau saya kata awak cantik, ada yang lebih cantik dari awak, kalau saya kata awak comel, ada yang lebih comel dari awak, kalau saya kata awak baik, ada yang lebih baik dari awak, dan ada banyak perkara lagi yang lebih dari awak..
girl: (tarik muka)
boy: tapi saya kata awak buat sy bahagia sebab tak ada sesiapa yang boleh buat saya bahagia selain dari awak.. :)
girl: terima kasih awak :)




Saturday, 3 September 2011

1 syawal

Assalamualaikum . . . 

berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa...
kini tiba Syawal rayakan dengan gembira...

mane gembira pun! alahai...
tahun ini raya tak berapa best sebab takde duit raya !!

sedih nye tak dapat duit raya banyak tahun ni 

anyway, ni ade beberapa pic masa raya :)

All include! 1 syawal mengeratkan silaturrahim antara kami

my beloved abah and mama

tyna (along)

baby az (saye)

ajila (adek)

ni gambar family je :)

Salam Lebaran

Assalamualaikum...

salam lebaran buat teman dan pembaca blog sekalian :)
memula skali nak minta ampun dan maaf andai:
  • - kasar bahasa
  • - silap bicara
  • -selisih faham
  • - pukul mane2 anggota badan
  • -sakitkan hati
  • - buruk sangka
  • - tergurau lebih-lebih
  • - dan lain-lain  =)

harap dapat dimaafkan tulus ikhlas dari hati


-FIN-


HEARTBEAT