Followers

our relation

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 12 July 2011

Doa Melupakan Si Dia

Pabila tiba suatu masa itu kita akan teringatkan seseorang yang singgah dihati kita, mungkin juga kita dilema untuk memilih antara seseorang. sesetengah orang mahukan tips, sesetengah nak doa.tapi, bila saye tanya seorang hamba Allah ni cara nak lupakan seseorang, doa ni dia bagi pada saya.


Baca basmalah dahulu! jangan lupa tu  =)
" Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya benar dia untukku, Kau rapatkanlah hati kami berdua dalam mencari keredhaan-Mu. Gandakan perasaan takut kami kepada-Mu agar kami tidak terpesong dari jalan yang telah Engkau tetapkan.
Dan sekiranya dia bukan takdirku, Kau jauhkanlah dia dari sisiku, hilangkanlahbayang-bayangnya dari pandanganku, luputkanlah dia dari mimpiku.
Hanya pada-Mu tempat aku berserah. Hanya pada-Mu tempatku memohon petunjuk."

 ....AMIN YA RABBAL A'ALAMIN...

p/s:  doa ni, kawan saya bagi masa saya kerja kat Sogo. masa tu, saya tanya dia
 "awak, macam mana nak lupakan seseorang?" 
dia jawab "saya tak tahu macam mana, tapi saya ada doa untuk tu.awak cubalah baca lepas solat. insya-Allah"


alhamdulillah, sekarang saya dah boleh lupakan walaupun sedikit.cukuplah melegakan hati saya dari melara =)

4 comments:

Post a Comment

HEARTBEAT