Followers

our relation

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 31 July 2011

Mengapa Wanita perlukan Lelaki



Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah…

Tuesday, 12 July 2011

Doa Melupakan Si Dia

Pabila tiba suatu masa itu kita akan teringatkan seseorang yang singgah dihati kita, mungkin juga kita dilema untuk memilih antara seseorang. sesetengah orang mahukan tips, sesetengah nak doa.tapi, bila saye tanya seorang hamba Allah ni cara nak lupakan seseorang, doa ni dia bagi pada saya.


Baca basmalah dahulu! jangan lupa tu  =)
" Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya benar dia untukku, Kau rapatkanlah hati kami berdua dalam mencari keredhaan-Mu. Gandakan perasaan takut kami kepada-Mu agar kami tidak terpesong dari jalan yang telah Engkau tetapkan.
Dan sekiranya dia bukan takdirku, Kau jauhkanlah dia dari sisiku, hilangkanlahbayang-bayangnya dari pandanganku, luputkanlah dia dari mimpiku.
Hanya pada-Mu tempat aku berserah. Hanya pada-Mu tempatku memohon petunjuk."

 ....AMIN YA RABBAL A'ALAMIN...

p/s:  doa ni, kawan saya bagi masa saya kerja kat Sogo. masa tu, saya tanya dia
 "awak, macam mana nak lupakan seseorang?" 
dia jawab "saya tak tahu macam mana, tapi saya ada doa untuk tu.awak cubalah baca lepas solat. insya-Allah"


alhamdulillah, sekarang saya dah boleh lupakan walaupun sedikit.cukuplah melegakan hati saya dari melara =)

sejenak bersama gambar

JAM BARU! thanks awak! 
bermanja dengan EDY kejap!

oh tieyah! muahxx!

awak dan saye! 

pelangi2 saye

posing kejap!

nak gaduh tak jadi..

hari yang kelas dibatalkan

jumpa roommate lame!!!

terlalu rindukan atie!

sedih...cerita blog dah tamat buat masa ni..
ape lagi ek lepas ni nak letak?

Transformer!

Assalamualaikum buat pembaca blogger!
sepatutnya, saye ade kelas hari ini.tetapi, dibatalkan..alang2 dah ade dekat poli, dan member pon ade yg berkereta, maka ajak lah mereka ni keluar tgk wayang. nasib baik semua tak tengok lagi cerita ini. 
 "Transformer: Dark Of The Moon 3D"
saye dengan baikhati nye belanja mereka tengok cerita ini utk 4 orang.(selamat duit)
memang best gila cerita ni! layannn jea! cume ade la bosan sikit..er...yg awek mamat tu, perghh..seksi!
pengoda terbaik kott!! grr...malu ngan member mase aksi bahaye dye tu! adehh...

kemudian pergi makan McDonald's:
bershopping baju di PDI:


kemudian shopping beli barang masuk poli


kemudiannn.........

saye harap dapat camera lain.tapi tadi saye beli camera lain.
sebab baru saye tahu camera itu harga mahal gila!
camera ini pon ok ape! baru rm399 :)
ade offer!!

okay la..tak tau nak buat ape ni.ngantok pulak.sedap tido time hujan2 ni..

Thursday, 7 July 2011

Perfect Two by Auburn

Verse1
You can be the peanut butter to my jelly

You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain
And I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date
You can be the hero
And I can be your sidekick
You can be the tear That I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or u can be the sun when it shines in the mornin'


Chorus
Don't know if I could ever be Without you
'Cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry


Cause you're the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

Verse 2
You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages
You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as were together

Chorus
Don't know if I could ever be
Without you 'cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

Verse 3
You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya
I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry
Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for u)
U take the both of us (of us)
And were the perfect two
Were the perfect two
Were the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two(yeah, yeah) 

Wednesday, 6 July 2011

TERIMA KASIH AWAK!!!

kehadiran dia dalam hidup saya sedikit sebanyak mampu mengubah keadaan diri saya menjadi lebih terurus.
TERIMA KASIH AWAK!!

Pacik Ajis
Loc: Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.

kadang-kadang, kawan2 saye selalu tanya " sape tu? pakwe ke?".
dengan selamba saye menjawab "takde lah! tu kawan saye lah."
macam tak percaya kan? tapi itulah hakikat nye...
nampak macam sepasang kekasih, hakikatnya teman baik. dengan lebih faham lagi, teman tapi mesra.
oleh kerana sikap saye yang manja ni, sedikit sebanyak telah menarik hati si lelaki ini untuk menjadi lebih rapat.
percayaLAH bahawa sesungguh nya dia ini lah kawan saye!
bini mane pulak dia bergayut tu?
Loc: Ampang, Kuala Lumpur

kenape saye sayang awak sebagai kawan saye?
sebab:
> awak sentiasa ada ketika saya perlukan
> awak sanggup dengar cerita sedih dan luahan saya
> awak cuba tak marah saya walau ia adalah salah saya
> awak terima keadaan saya dengan rela hati awak
> awak sanggup kena bebel dengan saya sebab awak suka buat saya membebel
> awak suka tengok saya gembira
> awak boleh terima kawan2 sekeliling saye

awak! terima kasih sangat!!
walaupun hati saya tak ade untuk sesiapa, awak tak pernah paksa saya cintakan awak."cukup lah awak berada disisi saye" kata awak. dan saya gembira sangat dengan kenyataan tu.

walau apepun yang berlaku, awak tetap kawan saye! tq!!

kerajinan

hari ini terasa rajin untuk edit blogspot.
thanks to cik farah untuk tutorial yang sangat berguna

Sekali Lagi cinta itu milik kita

Assalamualaikum buat semua pembaca..
sudah bermulanya kehidupan di Penang. pada hari Rabu yang lepas, kalau tak silap saye lah, saye dan pelangi2 keluar menonton wayang.

edy suke bergambar

Transform!!
edy ngan saye

akan tetapi, bukan cerita transformer, cerita :



tiket pukul 11.55 pm, hari pertama cerita tu dipawagam! disebabkan lambat lagi, ade lagi 2 jam,maka kami cadang pergi makan dulu sebab semua tengah lapar.kami pergi makan dekat secret recipe.

makan spegatti kat secret recipe
bersama si cik abang KPJ ( :)
dia belanja kami sepanjang keluar pada hari itu.
terima kasih awak!
muka tension jep sebab tatau nak pergi mane
ini pada siang hari nye. keluar beli barang rumah.
cik edy penuh fokus tunggu bas.
tieyah si mata sepet + bulat
pelangi tiga orang kat ladies
berbalik pada cerita "SEKALI LAGI cinta itu milik kita" watak mia sara sangat comel.sesuai berganding dengan lisa surihani. watak mia sebagai amy ni mmg pandai dia bawak. suke tengok gelagat dia.sampai buat saye rasa macam nak ade anak macam dia jugak..wee~

lepas movie tu, kami terus balik rumah dan tidur kepenatan..

-The End-

Tuesday, 5 July 2011

balik kampung


Masa: 11 pagi sehingga 10 malam
Hari dan Tarikh: Isnin (4 Jun 2011)
Lokasi: Alor Setar, Kuala Nerang, Kulim, dan Penang

Hari ini saye dah plan dengan pelangi2 saye untuk pergi melawat kampung saye sebab
"musim buah-buahan."!!
menunggu driver tunggal kami Abdul Aziz Mochlis (my mucuk dear) membawa VIVA yang di sewa di Kulim.
viva putih manual, tapi macam kapal terbang!
bawak laju ase macam nak melayang.


mula2, kami bertolak pergi KMC (Kedah Medical Center) sebab makcik shidah masuk hospital malam tadi.
pergi melawat sebab saye sayang ahli keluarga saya. tingkat 5, bilik 519, katil number 3. (detail betol).

kemudian kami pergi ke City Point di Alor Setar untuk shopping. malangnye, supervisor saye tak masukkan lagi gaji. Maka saye pon sedih dan kecewa sangat. tiba2 pakcik driver sorang ni buat hal. 

kesian si driver lapar, pergi berenti kat KFC dan saye masih merajuk dengan dia.


ketika ini saye sedang merajuk dengan pakcik driver :(

cik tieyah si amoi maklap
kemudian sebab kesuntukan masa, kami ambil keputusan utk pergi Kuala Nerang, rumah nenek saye. tetapi tok takde kat rumah, so terus pergi ke dusun kutip DURIAN dan MANGGIS. then pergi rumah kakak sedara saya, dapat makan durian pulak tu.sedap nyeee...sampai lupa nak bergambar.
di dusun manggis, kami asyik mengutip buat dan suruh edy panjat pokok manggis utk petik.
HAHA..padan muka kau!

hari semakin malam, dan buat keputusan untuk balik....
lepak dekat R&R Gurun on the way nak balik ke Penang

si edy minta fon utk ambil gambar.padahal battery tinggal 1.

power rangers kelabu??

dah macam kapel pulak! takde lah.ni kawan baik saye lah!
ini lah pelangi yang sentiasa menceriakan hari2 saya serta kehidupan saya di Penang ini.
Thanks Pelangi!


-The End-

HEARTBEAT