Followers

our relation

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 30 December 2010

bila kau tiada disisiku

awak,
awak sedar tak hari ini hari apa?
takkan sayang lupa..
hari inikan ulangtahun kita..
awak lupa ke?

awak,
saye dah beli hadiah special buat awak sempena ulangtahun kita,
tak mahal pun.sebab saye tak mampu nak beli mahal2..
saye harap awak dapat terima hadiah tak seberapa saye ni..
walaupun awk dengan dia....

awak,
hari ini rindukan suara awak,ketawa awak dan semua tentang awak..
selalunya bila saya kata macam ni kat awak,
awak terus telefon saya.
tapi itu DULU...
SEKARANG, awak dengan dia...
awak jaga dia elok-elok tau.
jangan lukakan hati dia lagi okay?

awak,
saya masih mencintai awak...
TERIMA KASIH awak,
untuk cinta ini....


p/s: isi hati seorang teman yang ku luahkan bagi pihak dye...

Monday, 27 December 2010

Menunggumu...

hari-hari yang aku lalui,
kini suram tanpa mu,
bagaikan hembusan angin tanpa udara,
gugurnya daun tanpa sentuhan..

aku bagaikan terpana,
melihat kau bersamanya,
membuat aku berduka,
sedangkan kau bahagia di sana.

mengapa masih tidak kau fahami,
ape yang terbuku didalam hati ini,
kenapa sangkup kau dustai,
bila cinta kita kian bersemi.

kini kau bersamanya,
kau pisahkan cinta kita,
kau hancurkan impian kita,
aku menunggu mu walau kau menghalangnya.

aku memerlukan mu,
aku perlukan belaian mu,
aku perlukan cinta mu,
aku mahukan kita seperti dahulu..

terima kasih untuk cinta yang dikau berikan,..
dan kini aku masih menunggu mu sayang~


p/s: ni berdasarkan pengalaman kawan..sedih dengar cerita mereka, maka saya buat lah sajak ni..

Thursday, 2 December 2010

keseronokan

MSK (Minggu Suai Kenal) untuk intake Disember ni sangat mencabar.mengajar aku erti respect, kerjasama dan gelak ketawa diikuti KETERUJAAN apabila kepala lembu itu hensem.HAHA...ade buat kenduri siket hari jumaat ni..haha..lembu telah disembelih..wahh..menggelupur lembu itu bersama kepalanya yang sangat kacak dan lidah nye yang takleh terima bahawa dye sangat kacak.wakakaka...dan abg max berkata "oh, benda baru 1st time dengar.kepala lembu hansome" maka kesemua yang verada kat situ tergelak dengan gelatak kebudak2kan aku walaupun dan besar..saye masih kebudak-budakan..

aku kne bertugas bahagian AJK makanan.haha..makan je keje! (bak kata leader "dah name pun AJK makanan") tapi aku tade la makan sangat.tah.ase cam ta brape selera..tp best makan ramai2..aku bukan kuceng na makan bawak lari..HEHE...

sepanjang bekerja si bahagian ini, aku blaja buat 'sambal belacan'.sedap ouh..habis! dan sepanjang MSK ni jgak, aku dah terbiasa cakap kelantan sebab majoriti orang kelantan..maka semua murtad negeri masing2 termasuk aku yang dak KL.sila bayangkan bile dak bandar masuk kampung kne masak hari2..hahaha..fikir2kan lah..kerana itu lah yang terjadi pada aku..
sangat seronok.even aku ta reti buat keje sangat..tp aku tau hiburkan senior2 dan rakan2 aku jep.haha..tape..asal korang epy sudah.

THANKS ALOT TO AJK MAKANAN~ KERJASAMA YANG KORANG BERIKAN TAKAN PERNAH DILUPAKAN~

p/s: ase cam 1 famly je ngan korang~

:::: pic letak later.malas upload lg.sebab tengah demam ::::

HEARTBEAT